Bagi bakal RAJA SEHARI, pastikan anda betul2 faham fungsi kad jemputan yang bakal diedarkan kepada bakal tetamu. Kad jemputan yang baik bukan sahaja mempamerkan design yang cantik tetapi berfungsi sebagai wakil diri ketika menjemput tetamu hadir ke majlis anda. Berikut admin nak kongsikan beberapa perkara yang perlu diberi perhatian ketika membuat tempahan kad kahwin; 1. Bila nak tempah Sebaik-baiknya mula membuat tempahan seawal 2 - 4 bulan lebih awal dari tarikh Majlis. Biasanya kad yang berkualiti mengambil masa selama 2 - 6 minggu untuk disiapkan. Selain itu, ini juga dapat memastikan anda mempunyai masa yang selesa untuk mengedarkan kad tersebut. 2. Design & Jenis Kad Sebaiknya ia memberi gambaran majlis yang bakal berlansung. Jika majlis mementingkan kesederhanaan, maka kad seharusnya juga melambangkan kesederhanaan. Begitu juga sebaliknya. Selain itu, warna pada kad juga boleh diselarikan dengan warna tema majlis anda. Jika anda menempah secara pakej yang termasuk penunjuk arah, banner & banting, pastikan ia sama dengan design kad supaya bakal tetamu mudah mengenali lokasi majlis anda. 3. Maklumat majlis Pastikan pekara asas seperti tarikh, aturcara majlis, nama pasangan, nama waris dan beberapa pekara penting disemak dengan teliti sebelum kad dicetak. Dari pengalaman kami, ramai yang terpaksa mencetak semula kad kerana terlepas pandang waktu semakan akhir dibuat sebelum kad dicetak. Jika ini berlaku, kad jemputan anda mengambil masa yang lebih lama untuk siap dan anda akan kehilangan banyak masa untuk buat jemputan. 4. Nombor telefon untuk dihubungi Masukkan lebih dari 2 nombor untuk dihubungi ke dalam kad jemputan. Biasanya bakal tetamu akan menghubungi nombor-nombor ini apabila mereka gagal mencari lokasi majlis pada hari majlis berlangsung. Lagi ramai jemputan, lebih banyak nombor harus dimasukkan. Pastikan anda meletakkan nombor2 mereka yang mahir tentang jalan setempat supaya mereka mudah membantu bakal tetamu menemui lokasi majlis. 5. Bahan & warna cetakan Pastikan anda mencetak kad menggunakan ‘warna kalis air’ di atas ‘kad keras’. Biasanya kad disimpan agak lama oleh bakal tetamu sebelum majlis berlansung. Kad keras mengelakkan ia terkoyak apabila terlipat, diselit atau terkena air. Warna kalis air pula memastikan maklumat kekal jelas walaupun anda menggunakan perkhidmatan pos yang terdedah kepada kemungkinan terkena hujan. Dakwat kali air juga biasanya lebih tahan lama sekurang-kurangnya sehingga tarikh majlis dilansungkan. 6. Peta Lokasi Majlis Elakkan menggunakan peta yang diambil terus dari Google Map kerana ia agak umum dan kadangkala tidak meletakkan beberapa ‘landmark’ setempat yang penting. Adalah lebih baik anda melakar sendiri peta ke lokasi majlis dan minta pihak pencetak cantikkan dengan sentuhan pereka grafik mereka. Antara ‘landmark’ penting adalah seperti surau, masjid, sekolah, pasaraya terkenal, kedai 24jam, jambatan besi dan pelbagai lagi panduan setempat yang penting. 7. .Jumlah kad berbanding jemputan Biasanya nisbah kad dengan jumlah jemputan adalah 1 kad kepada 2 tetamu. Jika anda bercadang menjemput 1000 tetamu, anda perlu menempah 500 kad. Walaupun adakalanya tetamu datang sekeluarga yang terdiri dari 5 orang tetapi ramai juga yang tidak dapat hadir pada hari majlis dilangsungkan. Ini mengimbangi nisbah kad kepada jumlah tetamu. Namun begitu, jika majlis berlansung pada bukan waktu puncak, peratus kehadiran amat tinggi dan biasanya pihak catering meletakkan nisbah kad kepada jemputan; 1 kad kepada 3 tetamu. Semoga panduan ini membantu anda membuat pilihan dan merancang dengan lebih baik. Peranan Banner, Banting & Penunjuk ArahPenting ke Banner, Banting & Penujuk Arah (BBP) ni? Sangat penting OK!!! kerana tidak semua bakal tetamu anda pernah sampai ke lokasi Majlis.
Berikut ada 5 tips yang admin nak ‘kongsikan’ jika nak tempah BBP ni… 1. Design Design mestilah sama dengan ‘Kad Jemputan’ supaya dari jauh lagi bakal tetamu dapat kesan bawhawa itu BBP anda. Ini sangat membantu bakal tetamu tidak terlepas pandang dan mudah kenalpasti bahawa BBP tersebut adalah milik anda. 2. Saiz Pastikan ia tidak terlalu besar hingga mudah terbang jika ditiup angin yang kuat, tidak terlalu kecil sehingga bakal tetamu terlepas pandang ketika memandu. Saiznya tulisan dan gambar penunjuk arah mestilah sesuai dibaca oleh mereka yang sedang memandu kereta. 3. Bahan Pastikan bahan yang digunakan adalah kalis air kerana BBP biasanya terdedah kepada hujan. Bahan juga mestilah tidak koyak jika ditiup angin kencang. Dakwat yang digunakan juga mestilah yang kalis air dan tahan panas matahari. 4. Lokasi PENUNJUK ARAH: Keutamaan adalah di simpang-simpang jalan yang mengelirukan. Antara contoh seperti simpang jalan yang tidak mempunyai ‘landmark’ seperti sekolah, surau, jambatan dan sebagainya yang jelas dan simpang2 yang berdekatan antara satu sama lain. BANTING: Biasanya diletakkan di lokasi ‘Tuan Rumah’ bersalam dan menyambut kehadiran tetamu. Tidaklah tetamu tercari2 siapa ‘Tuan Rumah’ BANNER: Bisanya diletakkan di pintu masuk utama lokasi majlis supaya para tetamu pasti mereka hadir ke majlis yang betul dan juga sebagai ganti diri RAJA SEHARI menyambut seraya berterima kasih atas kehadiran para tetamu ke majlis mereka. 5. Masa Pemasangan Masa terbaik untuk mengantung adalah sehari sebelum tarikh majlis berlansung. Walaubagaimanapun, kami sarankan untuk buat pemeriksaan akhir pada pagi hari majlis berlansung untuk memastikan terutamanya semua penunjuk arah dalam keadaan yang baik. Admin akhiri dengan serangkap pantun; Hari yang dinanti kini sudah tiba Berduyun-duyun tetamu menerpa Dua hati bertaut berjanji setia Semoga berkekalan hingga ke syurga |
Pilihan Kategori
All
Bacaan Popular- Doa ketika meletakkan tangan di ubun isteri
- Tujuh Tips menempah kad kahwin - Pelamin DIY Jimat menggunakan tisu - Banner, Banting & Penunjuk Arah Majlis - Solat sunat selepas akad nikah Archives
February 2023
|