Website Design Training
Kelas intensif pembelajaran bina laman web mudah dan berkesan
KURSUS BINA LAMAN WEBKursus ini dibina khas bagi mereka yang tidak ada asas IT tetapi berminat untuk mempelajari teknik-teknik terkini bagi menghasilkan sebuah laman web yang profesional untuk kegunaan sendiri, menjana pendapatan sampingan atau bagi tujuan perniagaan.
Struktur program ini telah direka oleh sekumpulan tenaga pengajar yang mempunyai pengalaman lebih dari 25 tahun dalam pembinaan laman web dan jualan 'online'. Bagi yang ingin menjadikan bina laman web sebagai sumber pendapatan, program ini adalah yang terbaik untuk anda. |
SESI PERTAMA
Pada 2 jam pertama anda akan dikenalkan kepada perisian khas sebagai teraju utama dalam proses menghasilkan laman web. Beberapa ilmu asas dalam membina laman web seperti 'domain', 'hosting', server dan lain-lain akan di terangkan secara ringkas. Pengetahuan teknikal IT tidak diperlukan kerana kelas ini dibuat untuk mereka yang langsung tidak ada asas IT. Asalkan boleh layar internet sudah mencukupi. *Latihan kemahiran menggunakan perisian akan disesuaikan dengan kemampuan semasa peserta. |
SESI KEDUA
Sesi ini akan berlansung selama 3 jam dan anda akan dikenalkan dengan pembinaan konsep asas penghasilan laman menggunakan perisian membina laman web yang telah dipelajari. Anda akan diajar membina 'Concept Structure' dan penggunaan 'Design Template' yang bakal memudahkan penghasilan laman web yang lebih cepat, cantik dan profesional. *Beratus-ratus template boleh dimanafaatkan dengan teknik ini. Tidak perlu lagi bersusah payah membina dari kosong. |
SESI KETIGA
Sesi terakhir selama 3 jam ini akan mendedahkan anda kepada 'Principals of Web Design' termasuk teknik SEO yang bakal menjadikan rekaan anda lebih profesional, praktikal dan disukai oleh enjin carian seperti Google. Sesi ini bermula dengan anda diberi satu tugasan dan diikuti dengan sesi bina laman web dengan bimbingan tenaga pengajar langkah demi langkah; Bina Menu, Bina Laman, Bina 'Footer' dan Bina Borang. *Pada sesi ini juga anda akan diperkenalkan kepada teknik-teknik asas edit gambar dan grafik untuk hasil laman web yang lebih kemas. |
TENTATIF PROGRAMTARIKH : BEBAS (Kelas 1 to 1)
MASA : 9.45AM - 6.45PM (8 Jam) TEMPAT : Kulim, Kedah (EZcetak HQ) YURAN : RM 680.00 (Max: 2 orang) Bayar 1, percuma 1 (Jika nak bawa peneman) *Sila bawa komputer sendiri. Hanya kemudahan WiFi dan sambungan elektrik disediakan secara percuma.
|
JAMINAN PASTI PANDAIModul kursus ini telah diolah dan dipastikan akan membolehkan pelajar yang mengikuti kursus ini mampu menghasilkan laman web serta merta setelah tamat tempoh pembelajaran selama 8 jam.
Pautan kepada video tutorial juga akan dibekalkan secara PERCUMA bagi membolehkan pelajar mengulangkaji dan menambah baik dalam kemahiran mengguna perisian komputer yang dipelajari. |