Soalan Lazim (FAQ) - Tempahan Kad Jemputan
Boleh saya tahu jenis kad yang digunakan untuk cetakan kad jemputan?
Kami menggunakan 'Art Card 260gsm' yang tebal dan berkilat untuk semua cetakan Kad Jemputan. Kad dari jenis ini biasanya digunakan secara meluas oleh syarikat percetakan untuk menghasilkan barangan seperti kotak produk kosmetik, kulit buku yang tebal dan kad “Hari Raya Aidilfitri”. Warna pada kad ini tidak akan rosak/kembang jika terkena sedikit air.
Betul ke Design/Artwork PERCUMA untuk semua jenis kad jemputan?
Ya. Pihak EZcetak menawarkan beratus design yang menarik untuk dipilih dan kami tidak mengenakan sebarang bayaran bagi memasukkan gambar, mengubah warna, menukar tulisan dan melukis peta. Anda juga dibenarkan membuat pembetulan/ perubahan kepada cadangan ‘artwork’ yang telah disediakan sebanyak 2 kali secara percuma.
Adakah harga yang dipaparkan dalam laman sesawang EZcetak adalah harga muktamat? ada apa-apa bayaran tersembunyi; macam GST ke, 'Surge Charge' ke atau bayaran tambahan lain?
Harga yang dipaparkan dalam semua laman web kami adalah harga muktamat. Tiada sebarang bayaran tambahan akan dikenakan.
Bagaimana cara membuat bayaran untuk tempahan, saya perlu bayar on-the-spot ke?
Tidak perlu buat bayaran penuh on-the-spot. Bayaran pertama hanya RM50 sahaja sebagai deposit. Semua maklumat dan arahan bayaran akan dihantar melalui email setelah kami bersetuju menerima tempahan anda. Bayaran selebihnya hanya perlu dibuat setelah anda setuju dengan reka bentuk yang disediakan oleh designer kami. EZcetak akan memulakan proses cetakan sebaik sahaja menerima bayaran penuh dari anda.
Berapakah lamakah masa yang diambil untuk kad yang ditempah siap?
Biasanya dalam tempoh 10 hari bekerja. Namun begitu, tempoh tempahan siap mampu mencecah sehingga 2 minggu pada musim-musim tertentu. Lihat proses tempahan DI SINI >
Saya berminat dengan Design sedia ada EZcetak tetapi boleh tak kalau saya nak tukar warna, tulisan atau tambah ayat dalam kad?
Boleh dan ianya percuma. Anda juga dibenarkan membuat pembetulan/perubahan kepada cadangan ‘artwork’ yang telah disediakan sebanyak 2 kali secara PERCUMA.
Saya telah memilih Kod Design 'CN18' ketika mengisi borang tempahan tempoh hari, boleh tak saya nak tukar ke Kod Design 'UQ15' selepas bayaran deposit dibuat?
Pertukaran 'Kod Design' dibenarkan dan ianya PERCUMA, tetapi mestilah dilakukan sebelum cadangan ‘artwork’ bagi 'Kod Design' yang pertama dipilih dihasilkan oleh pereka EZcetak.
Bolehkah saya meletak gambar di dalam kad? Ada sebarang caj dikenakan?
Anda boleh meletak gambar di dalam kad dan ianya percuma. Gambar perlu diberi dalam bentuk digital, sama ada email atau hantar softcopy kepada kami. Pastikan memberi gambar dengan saiz 2MB (megabait) ke atas, tidak gelap, bila zoom 100% jelas dan tidak diambil di lokasi dengan lampu kuning.
Kalau saya ingin menempah 1000 kad tetapi 500 untuk alamat lelaki dan 500 lagi untuk alamat perempuan... harga still sama ke?
Tidak sama dengan harga tempahan 1000 kad. Ia akan dikira dengan harga sebagai 2 tempahan 500 keping berasingan.
Adakah saya boleh mencetak kad yang saya design sendiri?
Sudah semestinya boleh. Tetapi harus mengikut spesifikasi dan format EZcetak.com dan tiada caj tambahan dikenakan. Kami hanya menerima file dari format .ai, .psd dan PDF.
Bolehkah saya bagi contoh atau sample design untuk didesign semula?
Boleh, bayaran sebanyak RM30.00 akan dikenakan.
Bolehkah pelanggan meminta draf design sebelum membayar wang deposit terlebih dahulu?
Maaf, proses design hanya akan dimulakan setelah pihak kami menerima wang deposit.
Bolehkah pelanggan mengambil semula wang jika pelanggan membatalkan tempahan?
Jika pembatalan dibuat dalam tempoh 24 jam, kami akan mengembalikan semua jumlah bayaran yang telah dijelaskan. Namun begitu, jika pembatalan dibuat setelah proses tempahan telah dimulakan, anda dikehendaki membuat bayaran mengikut prestasi kerja yang telah disiapkan.
Bagaimana jika saya ingin membuat tempahan kad jemputan di website ini?
Sila klik butang 'Tempahan... >' yang berada di bahagian bawah senarai harga produk yang anda ingin tempah.
Berapakah caj penghantaran untuk tempahan saya?
Caj penghantaran bergantung kepada berat & kuantiti yang di tempah. Sila cuba borang tempahan untuk mengetahui jumlah bayaran keseluruhan termasuk penghantaran. Tidak perlu menghantar tempahan, hanya cuba dahulu dan harga akan dipaparkan di bahagian bawah borang tempahan.
Peta yang bagaimana saya perlu hantar?
Anda boleh menghantar gambar lakaran tangan, gambar peta pada kad jemputan adik/kakak/abang/jiran atau lakaran computer.
Adakah setiap rekabentuk tempahan yang telah dibuat akan disemak dahulu oleh pelanggan sebelum proses percetakan dijalankan?
Sudah semestinya. Ini dilakukan bagi mengelak sebarang kesalahan yang terdapat dalam kad jemputan yang anda tempah. Kami tidak akan mencetak kad selagi tidak mendapat "green light" dari pelanggan.
Kalau nak tambah streamer dan banner... berapa? Ada kos design tak?
Kami cadangkan anda membuat pesanan secara Pakej kerana ia amat menjimatkan dan tiada caj design dikenakan. Rujuk harga pakej DISINI.