Graphic Design Training
Kelas intensif pembelajaran reka grafik mudah dan berkesan
KURSUS REKA GRAFIKKursus ini dibina khas bagi mereka yang berminat untuk mempelajari teknik-teknik terkini bagi menghasilkan rekaan grafik profesional untuk kegunaan sendiri, menjana pendapatan atau bagi tujuan perniagaan.
Struktur program ini telah direka oleh sekumpulan tenaga pengajar yang mempunyai pengalaman lebih dari 25 tahun dalam bidang grafik dan perniagaan percetakan. Bagi yang ingin menjadikan reka grafik sebagai sumber pendapatan, program ini adalah yang terbaik untuk anda. |
SESI PERTAMA
Pada 2 jam pertama anda akan dikenalkan kepada perisian ADOBE ILLUSTRATOR sebagai teraju utama dalam proses menghasilkan design. Beberapa 'Tools' dan 'Short Cut Key' penting akan digunakan sebagai latih tubi sehingga mahir sebelum memasuki sesi kedua. Anda juga akan diperkenalkan kepada beberapa kefahaman grafik, khususnya kepada penggunaannya di idustri 'printing' dan 'advertising'. *Latihan kemahiran menggunakan perisian akan disesuaikan dengan kemampuan semasa peserta. |
SESI KEDUA
Sesi ini akan berlansung selama 3 jam dan anda akan dikenalkan dengan pembinaan konsep asas penghasilan design menggunakan perisian Adobe Illustrator yang telah dipelajari. Anda akan diajar membina 'Concept Board' dan penggunaan 'Design Template' yang bakal memudahkan penghasilan design yang lebih cepat, cantik dan profesional. *Beribu-ribu template boleh dimanfaatkan dengan teknik ini. Tidak perlu lagi bersusah payah mereka grafik dari kosong. |
SESI KETIGA
Sesi terakhir selama 3 jam ini akan mendedahkan anda kepada 'Principals of Design' yang bakal menjadikan rekaan anda tampak lebih profesional dan praktikal. Sesi ini bermula dengan anda diberi satu tugasan dan akan berakhir dengan sesi kritik dan tips membina oleh tenaga pengajar kepada reka grafik yang telah anda hasilkan. *Pada sesi ini juga anda akan diperkenalkan kepada sumber-sumber 'template' percuma yang boleh dimanfaatkan bagi kerja-kerja grafik. |
TENTATIF PROGRAMTARIKH : BEBAS (Kelas 1 to 1)
MASA : 9.45AM - 6.45PM (8 Jam) TEMPAT : Kulim, Kedah (EZcetak HQ) YURAN : RM 680.00 (Max: 2 orang) Bayar 1, percuma 1 (Jika nak bawa peneman) *Sila bawa komputer sendiri. Hanya kemudahan WiFi dan sambungan elektrik disediakan secara percuma.
|
JAMINAN PASTI PANDAIModul kursus ini telah diolah dan dipastikan akan membolehkan pelajar yang mengikuti kursus ini mampu menghasilkan reka grafik serta merta setelah tamat tempoh pembelajaran selama 8 jam.
Video tutorial juga akan dibekalkan secara PERCUMA bagi membolehkan pelajar mengulangkaji dan menambah baik dalam kemahiran mengguna perisian komputer yang dipelajari. |