Cetak Risalah PerniagaanKami menyediakan perkhidmatan percetakan dengan harga yang berpatutan dengan hasil yang berkualiti. Ini akan mengurangkan dan menjimatkan kos anda dalam menjalankan promosi.
Risalah ini datang dalam pelbagai saiz dan reka bentuk mengikut permintaan pelanggan. Sesuai untuk pelbagai aplikasi seperti pengiklan, pengumuman dan poster. Bagi memudahkan dan menjimatkan masa, anda boleh membuat tempahan secara online kerana kami turut menyediakan servis penghantaran ke destinasi pilihan anda. |
Jenis Kertas dan KetebalanSimili Paper : Merupakan kertas dengan permukaan yang TIDAK BERKILAT. Bahan jenis ini biasanya digunakan untuk cetakan yang tidak memerlukan kualiti gambar yang tinggi. Kertas ini biasanya digunakan secara meluas oleh Kedai Photocopy.
Art Paper : Merupakan kertas dengan permukaan sedikit berkilat. Bahan ini sangat popular untuk cetakan risalah dengan kualiti gambar yang sangat baik. Kertas jenis ini merupakan pilihan terbaik dan menjadi pilihan utama pelanggan EZcetak yang pentingkan kualiti cetakan. Art Paper datang dalam ketebalan yang berbeza; 105gsm adalah yang paling nipis, 157gsm yang paling tebal dan 128gsm adalah yang paling laris. |
Flyers A5 (148.5 mm x 210mm)Flyers saiz ini sangat sesuai untuk kegunaan promosi dengan maklumat yang ringkas. Selain harga yang mesra bajet, bersaiz kecil iaitu separuh A4, flyers A5 memudahkan urusan pengedaran, penyimpanan dan senang dibawa kemana-mana.
|
Flyers A4 (210 mm x 297 mm)Flyers ini sesuai untuk pelbagai tujuan promosi atau digunakan sebagai mini poster kerana ruang boleh cetaknya agak besar. Saiz ini juga mudah untuk dibawa atau disimpan kerana tidak terlalu kecil atau besar dan boleh muat dalam kebanyakan beg.
|
Flyers A3 (420 mm x 297 mm)Flyers ini sangat sesuai untuk kegunaan promosi berbentuk booklet atau sebagai poster. Saiz yang lebih besar dan luas pastinya dapat mengisi maklumat dengan lebih banyak dan membolehkan rekaan grafik yang lebih menarik mengikut kreativiti anda.
|
Pilihan popular untuk anda: